tanggal 15 jun 2012 , hari jumaat tepat jam 12.30 tengahari , telah tertulis di takdir Ilahi aku kemalangan.. selesai saja kelas mandarin , aku dan kawan aku bercadang nak ke Tampin untuk beli barang . Setelah keluar dari UiTM , kami pun singgah di stesen minyak Shell di Alor Gajah. Selesai isi minyak, kami pun meneruskan perjalanan. baru beberapa meter bergerak, aku melihat ada kereta jenis persona warna silver keluar dari simpang sebelah kiri. tiba-tiba aku terasa aku melambung dari motor. dan sedar-sedar aku telah terbaring diatas jalan. pada saat dan ketika itu , aku hanya mampu mengucap dan berdoa agar aku masih diberi peluang untuk hidup. aku lihat kawan aku , nadh menangis melihat keadaan aku. aku hanya mampu terlantar disitu. tak sampai 5 minit rasanya anggota JPA datang. rupanya tempat kejadian tu dihadapan simpang Hospital Alor Gajah . aku dibawa naik ambulans . nadh tak berhenti henti menangis. aku tak mampu buat apa-apa. aku menyuru nadh menelefon ummi aku di Alor Star. Au terus dikejarkan ke wad kecemasan . aku terasa sangat lemah . aku hampir-hampir menutupkan mata , namun dihalang oleh jururawat di situ . aku cuba sedaya upaya aku untuk bertahan . aku menyuruh nadh mmberitahu rakan-rakan aku yang terdekat . aku hanya melihat dia menangis di sisi aku. Dia menyatakan bahwa dia berasa bersalah terhadap aku. Aku senyum pada dia dan ckap yang aku ok. aku dibawa ke bilik xray untuk di xray. kemudian aku dibawa ke bilik rawatan . jururawat disitu mencuci luka aku. beberapa minit kemudian, bapa sedara aku yang bekerja disitu sampai. melihat kelibat dia , airmata ku terus mengalir kerana aku tak dapat menahan lagi keskitan yang aku alami. aku memberi tahu dia untuk menelefon ummi dan abah aku. Alhamdulillah aku sempat bercakap dengan mereka. aku memohon ampun atas segala dosa-dosa ku dan meminta mereka untuk mendoakan kesembuhan aku . setelah itu , aku dibawa lagi ke bilik xray kerana disyakki retak pada bahagian pinggang. setelah di xray , alhamdulillah tiada apa-apa cuma tisu muscle membengkak akibat hentakan yang kuat . aku dibawa semula ke bilik rawatan kecemasan . Rakan baikku , Anis datang melawat aku. sebak aku melihat airmata dia mengalir melihat keadaan aku. Dia memberitahu aku yang dia baru sahaja accident . syukur Alhamdulillah dia takde apa-apa.. beberapa minit kemudian Mandak datang bersama rakan bilikku . salah seorang rakan bilikku Pika melihat aku dalam keadaan menangis . sebak aku airmata yang mengalir di pipi dia. ramai juga yang sayangkan aku.. hehe . memandangkan gigi ku patah , aku diberi masa untuk rehat sementara menunggu pakar dentist datang . Setelah dentist datang , aku dibawa ke blik rawatan. dentist mmberitahu aku yang dia akan menjahit bibir aku. Ya Allah lemah semangat aku. namun apakan daya aku terpaksa tahan juga . sakitnya hanya Allah yang tahu . Aku mendapat 3 jahitan dibibir . kemudian dentist menampal sedikit gigi aku yang patah . setelah mendapat rawatan akhir , Alhamdulillah aku dibenarkan pulang . namun sedih kerana kawan aku nadh ditahan . dia terlalu risaukan aku tapi dia yang ditahan.. kaki jari dia retak. aku memberi dia semangat dan berjanji akan datang tengok dia lagi. setelah sampai dirumah , aku menelefon nadh . dan aku mendapat khabar sedih bahawa ditransfer ke Hospital Besar Melaka kerana disyakki terdapat kecederaan pada bahagian kepala kerana dia hanya ulang benda yang sma , " macamna dengan azie , kesian kat azie , semua slah dia " ya Allah. kesian dia . semangat dia terlalu lemah . kalau diberi kesihatan , aku nk pergi melawat dia petang nanti . terima kasih kepada rakan rakan yang mendoakan kesembuhan kami di facebook , call , sms , datang melawat . trima ksih bnyak banyak ye kpada ummi , abah ,anis , fasha , pika tika, ftmah , kwn2 klas , kwn2 level , atie , shima , rakan2 di alor star , mkcik ,pkcik dan rmai lagi yang sudi mendoakan kami .. jasa kalian hanya Allah yang mampu membalas .
yang sebelah aku ni lah nadhirah . semoga cepat sembuh .
kepada orang jauh . ni sedikit gambar aku . luka sikit saja .



No comments:
Post a Comment