♥ AsSAlAMuAlAikUm wArAhmATUllAhI wABarAkAtUh♥wElcOmE frOm hAnya hAtI ♥

Tuesday, December 11, 2012

Tips Cantik !

Assalamualaikumwarahamtullahiwabarakatuh,

""TIPS CANTIK" pergh. tajuk nak gempak je kan. haha btw , aku tengah bosan giler ni. kelas cancel plak. nak tido tak mengantuk pulak. hmm . kat bawah ni aku cuma nak kongsi sedikit tips kecantikkan ngan korang. kalau nak try bleh try kalau tak nak pon ok . :) aku amik tips ni dari blog2 yang pernah aku stalk dan dari mak aku sendiri .

1. Elakkan guna pencuci muka yang banyak buih. sebab ? nanti kulit korang akan jadi kering sebab buih2 sabun tu akan kurangkan kelembapan kulit muka kita.

2. Elakkan cuci muka dengan bahan kimia pada waktu pagi. Ia akan menyebabkan muka anda berkedut lebih awal. cuci muka sebelum tido bukan sesudah bangun tido. kalau korang ada kelas pagi ke cara yang paling ok korang buat camni. Bangun tu korang terus ambil wudhuk. mesti dah basah muka kan. then korang mandi lepas mandi baru korang cuci muka guna pencuci muka korang.

3. Cuci muka sebelum gosok gigi. Sebelum korang gosok gigi waktu pagi tu, cuci dulu muka ok. korang dapat lihat hasil dia dalam masa panjang.

4. Bila mandi, korang mulakan sabun dari kaki hingga ke atas. petua ni aku dapat dari mak aku. Mak cakap petua ni dapat lambatkan kekedutan dekat badan kita.

5. Untuk kuatkan gigi, selepas mandi perah hingga kering kain basahan korang. then gulungkan dia. lepas tu baca selawat 3 kali then gigit kain tu. tarik kain kedepan. mula2 agak sakitr sedikit lama-lama ok lah .

6. Elakkan guna bahan kimia sewaktu korang tidur. biarkan wajah kita natural je time tido. So, sel-sel kulit kita boleh tumbuh dengan lancar.

nahhh. sikit je kan. ahaa . done for today. GTG bye :)

Wednesday, December 5, 2012

cuti sem dah HABIS ?? -_-"

Assalamualaikum. lama rasanya tak jengah kat sini. fuhh fuhh. habis berhabuk. haha. heumm pejam celik pejam celik kejap je dah habis cuti sem. tak puas rasanya nk lagi nak bermanja dengan family. cuti kali ni aku tak g mana sangat pon. duduk rumah aje tolong family pindah rumah. sedihnya terpaksa tinggalkan alor star. banyak sangat kenangan 10 tahun kat sana. yang paling sedih terpaksa tinggalkan kawan2 kat sana. heumm. rumah baru aku kat Perak aje. kalau korang free, datang lah sini. senang ja nak datang. Korang exit tol Bukit Merah . lepas tu kona kiri. jalan teruss then jumpa simpang tiga kona kanan. jalan terus lagi jumpa lampu isyarat kona kanan. lepastu korang jalan slow2 sampai jumpa pejabat peladang sebelah kiri korang berhenti. rumah aku betul2 seberang jalan ngan pejabat tu je. nak datang text ah aku :) nanti boleh round2 perak. huhuhu. sekarang ni aku baru mula sem baru. sem ni agak sikit matapelajaran yang aku ambil tapi susahnya perghh tk thu nak cakap cmna.. semuanya kena hafal. -__-" sem baru ni aku terpaksa berpisah dengan roomate lama. sedihnya ! dh stahun stengah sesama skali tahun ni pihak kolej pecahkan kitorang.. bilik baru aku agak kecil lah tapi selesa. mula2 masuk tu rasa janggal jugakk sebab tk biasa. lelama dh ok dh . roomate baru pon ok :) hermm nk tulis apa g eh ? haaa.. next week ada family day . yeay ! boleh kumpul ramai2 ngn sepupu sepapat sekalian . ok sekarang ni ramai membe aku tak caya aku single. haha hello. im single ok ! percayalah. haha betul aku tak tipu. haa aku rasa biarlah aku macam . as well as takda lah orang sesuka hati kecewakan aku lagi kan. ok what single . cuma kekadang tu rasa la jugak sunyi , sedih tringat kisah lama. buat2 je lah kuat hati padal pun. haha aku sekarang ni dh tak macam dulu. sedikit sedikit perangai aku berubah. dah matang kot . AHAHAH yang paling ketara sekali yang aku perasan aku sekarang dh tak banyak amik gambar. gambar yg aku up kat instagram pon gambar lama. eh jemput la follow insta aku @HANYAHATI .. promote skit. ehehehe. aku rasa ni je kot yang nak tulis. next time update lagi. doakan aku tuk sem ni ya. terima kasih. :) 

loves,
gadis hati (^^,)

buah hati kakak, jaga diri baik2, ily :*

hey there, i'm 19 :)

bye2 alor setar ! thankyou. i'm gonna miss u :*

Thursday, September 6, 2012

kecewa lagi .

apakah aku redha akan semua ini ? ataupun mgkin pasrah ? mungkin kerana aku terlalu bodoh atau dungu ? Selepas H bertunang dengan pilihan hati dia, aku rasa seperti sudah tidak percaya dengan cinta lelaki. aku tolak sorang demi sorang yang cuba menjadi kekasih hati. tapi akhirnya aku kalah dengan dia. yaa dia. dengan mudahnya aku terima dia dalam hidup aku. kerana saki baki sayang masih wujud dalam hati. aku mula bangkit dan menyemai pohon sayang itu sedikit demi sedikit hingga mengeluarkan buah-buahan yang enak . TAPI, dlm sekelip mata. yaa dalam hanya beberapa detik pohon yang aku bina itu ditebang dan di cantas-cantas hingga tinggal serpihan -serpihan kecil. Dia pergi tinggalkan aku. YA! orang yang datang disaat hati aku kecewa kini pergi kerana dia sayangkan orang. sama seperti yang dulu. tinggalkan aku kerana sayangkan orang lain.cuma dalam sesaat ? sungguh manis kata-kata dia nak memperisterikan aku. tapi tetiba berubah.kenapa ini semua harus aku tempuhi ? dugaan yang datang dalam hidup aku sedikit demi sedikit. bila kebahagian akan muncul dalam hidup aku. Bila ? sakitnya hati sakit sangat. aku asyik menangis ja beberapa hari ni. kenapa aku menangis ? hanya itu yang aku mampu buat. hahah mula dengan family aku, kawan aku, barang aku yang hilang, dan kini dia yang hilang. apa yang mampu untuk aku menjadikan sumber inspirasi untuk aku teruskan liku-liku hidup? segalanya hancur . lebur . marah ? tak mampu aku untuk marah. sedangkan tidak ada guna lagi aku nak marah kerana memang itu yang dia pilih. sampai bila lagi aku harus korbankan diri aku untuk kebahagiaan orang lain. aku ta pernah hancurkan hubungan orang lain. tak pernah menganggu hubungan orang lain. apa salah aku ? aku dah cuba jadi yang terbaik. tapi tiada siapa yang menghargai.Mungkin aku pasrah bila orang tinggalkan aku . Tapi bila dia tinggalkan aku, dunia aku gelap. masa depan aku gelap. sangat gelap.YA ! aku memang bodoh. sakit kerana cinta tak pergi kelas. sakitkerana cinta tak makan. sakit kerana cinta tak belajar. sangat bodoh kan ? yaa sangat bodoh. aku hancurkan hidup aku sendiri . kalau aku sakit ? hahah padan muka aku. aku yang bodoh. pasti semua orang akan ketawakan aku.aku terima segala nasihat yang mereka-mereka berikan pada aku. belajar. ingat masa depan . jangan nk down mcm ni.  ksian mak ayah. tapi aku tak mampu buat apa-apa. maafkan aku semua. mungkin korang takkan paham situasi aku. satu saat bila kita dh jatuh, terlalu sukar bagi kita untuk bangkit semula. kurang dari sebulan aku bakal menghadapi final . andai kali ini aku gagal, maafkan aku semua. ini jalan yang aku pilih.

:/

Tuesday, September 4, 2012

0_o

CINTA ??? adakah cinta membawa bahagia. Ya jika cinta itu kepada Yang Maha Esa. namun, jika cinta itu kepada manusia, mampukah ia memberi bahagia?? bagiku hanya sesetengah rang sahaja yang merasakan bahagia itu . AKU ??? aku seringkali disakiti kerna cinta. apakah semua ini takdir atau salahku sendiri ? Aku pun tak pasti. SEDIH ??? yaa sudah pasti aku sedih bila disakiti oleh insan tersebut. DIA??? aku tak pasti sama ada selama ini dia benar-benar sygkan aku atau aku yang prasan sendiri. aku kenal dia dah lama. bagi aku sangat lama. hubungan kami kdg2 bersama kdg2 putus. aku tak pasti kenapa aku  sayangkan dia. dia. yaa dia yang tlah bnyak menyakiti aku. TAKDIR??? aku tak boleh nak menyalahkan takdir. takdir yang tlah ditentukan bt aku. bukan pertama kali aku terkena macam ni. banyak kali. aku selalu menjadi mangsa. mereka tinggalkan aku kerana orang ketiga. yaa orang ketiga yang mereka sayangi. tapi kenapa aku?? kenapa aku yang mereka tinggalkan. salahkah kalu aku setia? ini kah balasan yang aku dapat. setelah segala kasih syang dan ksetiaan yang aku bagi. sakittnya. sangat sakit. Apakah aku harus bersedih selamanya. tak. tak mungkin. aku harus teruskan hidup ini . JODOH ??? ramai orang seringkali bersoal tentang jodoh. jodoh adalah rahsia Allah. tapi berapa ramai yang bercakap mengenai mati yang merupakan rahsia Allah jua? termasuklah aku antara manusia itu. Aku hanya mampu berserah pada Allah moga satu saat aku juga akan bertemu dengan jodohku dan aku juga akan bahagia seperti mereka-mereka. :)



serpihan hati aku :/

Thursday, July 19, 2012

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan .

selamat menjalani ibadah puasa buat semua :)


kepada abah dan ummi, selamat berpuasa. kakak minta maaf tak dapat sambut puasa sama-sama . doakan kakak disini ye .T_T .


kepada adik-adik kakak yang tersayang. kakak mintak maaf sebab tak dapat nak sahur sama-sama , berbuka sama-sama. kakak nak balik tapi jauh. kakak nak adik-adik kakak puasa penuh tau tahun ni. insyaAllah kalau ada rezeki , nanti raya kita jumpa ye. sayang semua :*

#kepada adik kakak akim, tolong jaga umi dan adik-adik elok-elok. bawak adik-adik pergi semayang terawih. jangan marah diorang. bantu ummi buat kerja rumah. jangan nakal-nakal. doakan kakak kat sini. jaga diri sama. jadi anak yang berguna. selamat berpuasa.

Sunday, July 15, 2012

tEntaNg pErasAAn hAtI

Aku memandangnya, aku meminatinya , aku mencintainya , aku berdebar-debar setiap kali bertemu dengannya, kau meluahkan rasa cinta kepadanya .. TETAPI, luahan hanya dalam hati ! Perasaan jadi tidak keruan, kerana semua rasa hanyalah terpendam. Mengapa tidak diluahkan ?? aku merasakan dialah orangnya, tapi kenapa takut untuk meluahkan. Ohh, patutlah, sebab dia langsung tak tahu aku mencintainya. Aku takut bertepuk sebelah tangan, aku takut apabila aku meluahkan perasaan cinta, dia akan marah dan benci pada ku.. maka dia makin menjauh dariku. Kalau dia menjauh, tentu aku akan jadi gila kan ? hmmm.


Mengapa harus menyimpan perasaan ?


Kebanyakkan orang suka menyimpan perasaan apabila berhadapan dengan orang yang sangat diminatinya. Dia akan menjadi pendiam dan berkelakuan lain dari biasa bila si dia yang disukai lalu di depan mata. Tetapi pelik, dengan orang lain, dia boleh membebel dan ketawa girang pula.. Kenapa tidak diluahkan? Kerana kamu takut ? kamu takut dia tidak menyambut cintamu , lalu dia yang selama ini menjadi sahabatmu akan menjauh darimu . Kamu takut dia membenci dirimu , lalu persahabatan kamu menjadi dingin.


Namun itu bagi kamu yang dalam persahabatan . Tapi bagaimana pula bagi aku yang mencintai seseorang yang jauh ? Padahal aku dan dia tidak pernah bercakap , hanya memandang dari jauh saja. Tepat diklafikasikan sebagai "cinta terpendam" . Pedih bukan ? Aku hanya mampu memandang wajahnya dari jauh, lalu wajah itu aku scan di dalam otak dan perasaan aku , berharap untuk bertemu dengannya di dlam mimpi, lalu bila aku bangun keesokkan harinya, aku akan tersenyum dan lebih bersemangat lagi untuk bertemu dengannya. Tetapi sayangnya... hanya dari dari jauh . HANYA DARI JAUHHHH.....


Jadi berapa ramaikah anatara kamu yang berani menyatakan hasrat cinta itu pada orang yang diminati ? Kesian sungguh , lama sungguh kamu menyimpan perasaan dan akhirnya, si dia telah menjadi hak orang lain, orang yang lebih berani dari kami. Kemudian kamu menyesal . menangis sepuas-puasnya. definisi lawak yang sesuai untuk kamu ialah " frust badak" hahaahah (ketawa sehingga tidak siuman.


Takut Risiko ?


Semua perkara ada risiko. Mana ada benda yang senang di dunia ini . sedangkan makan pun perlu angkat sudu dan garpu. Aku takut ditolak mentah-mentah, aku takut dipandang lain, paling teruk aku takut dimarahi, dibenci, dihina. Itulah aku !! Takut sangat untuk berhadapan dengan risiko begini, lebih-lebih lagi bila aku merasakan si dia seperti tak sepadan dengan aku. Maklumlah si dia kan lebih handsome. Adakah ini alasan aku sebenarnya? ataupun aku adlah seorang pemalu ? Lalu tak berani nak meluahkan apa-apa yang terbuku dihati ? Pernah sekali aku membuat hastag  pengakuan berani mati di twitter bahawa aku suka dia dan salah seorang follower aku cakap dia dah baca twit tersebut . Subhanallah . malunya aku hanya DIA yang mengetahui. kenapa aku mengharapkan dia tidak mngenali aku di luar sedangkan jauh disudut hati aku menginginkan dia . Walaubagaimana pun biarlah takdir yang menentukan segalanya . yaa aku tahu kita tak boleh hanya berserah pada takdir . namun sebagai seorang perempuan , maluku berharga. Sepatutnya aku bersyukur pada Ilahi kerana masih memberi aku rasa cinta ini selepas patah hati dan kecewa pada cinta yang lalu . terima kasih juga pada si dia yang telah membuat aku jatuh cinta . Alhamdulillah , rasa ingin mencintai dalam hatiku ini tidak terkubur bersama cinta lalu yang menyakitkan . 



pesanan sesama insan :')


ku mengharapkan kebahagiaan begini :)

#credit to blogger. kepada A*** , saya jatuh cinta pada awak . insyaAllah atas restu Allah , kita akan bersama menjalani kehidupan sebagai pasangan yang sah . saya tunggu awak meminang saya dengan kalimah BISMILLAHIRAHMANIRAHIM . :')



Friday, July 6, 2012

Thursday, June 28, 2012

Laa Tahzan al Qalbu. :D


Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi.
Dan ya Allah… ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
…Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah daku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya….
Ya Allah ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang naif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan daku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya daku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redha
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
amin..

#kepada awak dan dia , selamat bertunang . moga dipanjangkan jodoh dan bahagia hingga akhir hayat. amin.


setiap hari apabila terjaga dari tidur,
 aku sentiasa berharap dikurniakan sinar kebahagian .
smile :)))))) .

Friday, June 15, 2012

Sejarah Hitam

tanggal 15 jun 2012 , hari jumaat  tepat jam 12.30 tengahari , telah tertulis di takdir Ilahi aku kemalangan.. selesai saja kelas mandarin , aku dan kawan aku bercadang nak ke Tampin untuk beli barang . Setelah keluar dari UiTM , kami pun singgah di stesen minyak Shell di Alor Gajah. Selesai isi minyak, kami pun meneruskan perjalanan. baru beberapa meter bergerak, aku melihat ada kereta jenis persona warna silver keluar dari simpang sebelah kiri. tiba-tiba aku terasa aku melambung dari motor. dan sedar-sedar aku telah terbaring diatas jalan. pada saat dan ketika itu , aku hanya mampu mengucap dan berdoa agar aku masih diberi peluang untuk hidup. aku lihat kawan aku , nadh menangis melihat keadaan aku. aku hanya mampu terlantar disitu. tak sampai 5 minit rasanya anggota JPA datang. rupanya tempat kejadian tu dihadapan simpang Hospital Alor Gajah . aku dibawa naik ambulans . nadh tak berhenti henti menangis. aku tak mampu buat apa-apa. aku menyuru nadh menelefon ummi aku di Alor Star. Au terus dikejarkan ke wad kecemasan . aku terasa sangat lemah . aku hampir-hampir menutupkan mata , namun dihalang oleh jururawat di situ . aku cuba sedaya upaya aku untuk bertahan . aku menyuruh nadh mmberitahu rakan-rakan aku yang terdekat  . aku hanya melihat dia menangis di sisi aku. Dia menyatakan bahwa dia berasa bersalah terhadap aku. Aku senyum pada dia dan ckap yang aku ok. aku dibawa ke bilik xray untuk di xray. kemudian aku dibawa ke bilik rawatan . jururawat disitu mencuci luka aku. beberapa minit kemudian, bapa sedara aku yang bekerja disitu sampai. melihat kelibat dia , airmata ku terus mengalir kerana aku tak dapat menahan lagi keskitan yang aku alami. aku memberi tahu dia untuk menelefon ummi dan abah aku. Alhamdulillah aku sempat bercakap dengan mereka. aku memohon ampun atas segala dosa-dosa ku dan meminta mereka untuk mendoakan kesembuhan aku . setelah itu , aku dibawa lagi ke bilik xray kerana disyakki retak pada bahagian pinggang. setelah di xray , alhamdulillah tiada apa-apa cuma tisu muscle membengkak akibat hentakan yang kuat . aku dibawa semula ke bilik rawatan kecemasan . Rakan baikku , Anis datang melawat aku. sebak aku melihat airmata dia mengalir melihat keadaan aku. Dia memberitahu aku yang dia baru sahaja accident . syukur Alhamdulillah dia takde apa-apa.. beberapa minit kemudian Mandak datang bersama rakan bilikku . salah seorang rakan bilikku Pika melihat aku dalam keadaan menangis . sebak aku airmata yang mengalir di pipi dia. ramai juga yang sayangkan aku.. hehe . memandangkan gigi ku patah , aku diberi masa untuk rehat sementara menunggu pakar dentist datang . Setelah dentist datang , aku dibawa ke blik rawatan. dentist mmberitahu aku yang dia akan menjahit bibir aku. Ya Allah lemah semangat aku. namun apakan daya aku terpaksa tahan juga . sakitnya hanya Allah yang tahu . Aku mendapat 3 jahitan dibibir . kemudian dentist menampal sedikit gigi aku yang patah . setelah mendapat rawatan akhir , Alhamdulillah aku dibenarkan pulang . namun sedih kerana kawan aku nadh ditahan . dia terlalu risaukan aku tapi dia yang ditahan.. kaki jari dia retak. aku memberi dia semangat dan berjanji akan datang tengok dia lagi. setelah sampai dirumah , aku menelefon nadh . dan aku mendapat khabar sedih bahawa ditransfer ke Hospital Besar Melaka kerana disyakki terdapat kecederaan pada bahagian kepala kerana dia hanya ulang benda yang sma , " macamna dengan azie , kesian kat azie , semua slah dia " ya Allah. kesian dia . semangat dia terlalu lemah . kalau diberi kesihatan , aku nk pergi melawat dia petang nanti . terima kasih kepada rakan rakan yang mendoakan kesembuhan kami di facebook  , call , sms , datang melawat . trima ksih bnyak banyak ye kpada ummi , abah ,anis , fasha , pika tika, ftmah , kwn2 klas , kwn2 level , atie , shima , rakan2 di alor star , mkcik ,pkcik dan rmai lagi  yang sudi mendoakan kami .. jasa kalian hanya Allah yang mampu membalas .




yang sebelah aku ni lah nadhirah . semoga cepat sembuh .



 kepada orang jauh . ni sedikit gambar aku . luka  sikit saja . 




Tuesday, June 5, 2012

Andai ku BERCINTA lagi

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati



kecewaku sembuh kerana DIA . 
alhamdulillah . 


Thursday, May 3, 2012

SUDAH !

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja






Saturday, April 7, 2012

DIA ♥

Dia . siapa dia ? apakah hubungan aku dengan dia ? siapa dia dihati aku dan siapa aku dihati dia ? aku pun tak tahu. kawan ? kekasih ? musuh ? atau future ? aku sendiri tidak tahu. 24.7.2008 . itulah tarikh keramat. bermulanya perkenalan aku dan dia. kini, sudah hampir 5 tahun perhubungan kami. lama kan? aku sendiri tidak sangka. namun sepanjang itu, terlalu banyak dugaan yang kami lalui . suka . ketawa . sedih . kecewa . menangis .  semua itu dah sebati dalam diri ini . walaupun berpuluh orang aku atau dia bersama, namun akhirnya tetap hubungan kami terjalin . kenapa? adakah ini yang dinamakan jodoh ? adakah dia jodohku? namun apakan daya. siapakah aku untuk mempersoalkan tentang rahsia Allah . aku cuma hambaNya yang kerdil . aku selau bertanya pada dia . dia benar-benar sayangkan aku atau tidak ? jawapannya hanya sama. kalau tak sayang, boleh ka kita kawan sampai sekarang . aku hanya berdiam. sekali pon kami tidak pernah tayang relationship kat facebook apatah lagi letak gambar kami jauh sekali . sehingga orang tidak pernah mengetahui hubungan antara kami. pelik kan ? namun itulah hakikatnya. sedih rasa sebab dengan orang lain, dia boleh pulak buat macamtu. nak marah pun tak boleh sebab aku pun pernah begitu bersama insan lain. 


Kini, aku sudah mula mengerti kenapa dia buat begitu pada aku. Seorang rakan yang aku kenali pernah berkata, "lelaki yang ikhlas dengan kita dan nak jadikan kita yang halal buat dia tak kan pernah tayangkan kita pada khlayak ramai selagi belum sah . lelaki yang suka buat relationship dan tayang awak kat khlayak ramai itu hanya lah dia  anggap awak sebagai awek dia . tak lebih dari itu. lelaki seperti itu hanya bangga ada awak sebagai awek dia. lama-kelamaan bila dia dah bosan, dia akan tinggalkan awak begitu saja. saya sebagai lelaki pun saya tak nak orang lihat bakal isteri saya sebelum tiba masanya" . sejauh mana kebenarannya ? aku pun tidak tahu . namun aku harap ianya benar.  




Kepada dia " awak, saya tahu awak, saya , kita semua tak sempurna . namun, saya harap ketaksempurnaan kita ini akan dapat kita lengkapi . kelebihan awak lengkapi kekurangan saya dan kelebihan saya lengkapkan kekurangan awak. saya akan bersama awak disaat awak jatuh atau pun disaat awak berada dipuncak . Jika awak cintakan saya, saya harap cinta awak kepada saya itu tidak lebih dari Allah, Rasullullah, keluarga dan pastinya diri awak. kemudian barulah saya . jika awak benar-benar ingin dengan saya, awak datanglah jumpa mak dan ayah saya. insyaAllah pilihan hati saya adalah pilihan hati mereka juga. saya janji dengan awak , saya akan tunaikan permintaan awak yang mana awak nak saya  jaga diri saya untuk awak. " walaupun mungkin kebersamaan kita hanya sementara . namun saya harap hubungan awak dengan saya akan aman walaupun hanya sebagai kawan biasa. Yakinlah jodoh ditangan yang MAHA KUASA . Dia pasti tahu apa yang tebaik buat hambanya yang dikasihi . semoga masa depan akan menjadi milik kita ya awak . selalu lah memohon pada Allah . InsyaAllah , cinta kita sampai syurga . aminnn.



Saat Cinta Bersemi :D

Saturday, March 31, 2012

for MY FUTURE !

Kehadapan bakal suami yang aku cintai..
doaku agar kamu sihat-2 sahaja dan 
sentiasa berada dalam rahmatNya..

Aku sering kali berdoa agar dapat bertemu denganmu,
kerana..
aku sudah tidak sanggup untuk dikecewakan lagi..
namun sebelum itu,
aku minta ampun dan maaf..
kerana hati inisudah tidak suci lagi..
hati ini sudah pernah menyintai lelaki lain selain mu..

Wahai bakal suami ku,
siapa pun dirimu di masa lalumu,
aku ikhlas menerimanya..
dan, aku berharap begitu juga ,
semoga kamu ikhlas menerima aku..

Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan,
dia akan menjadi teman menapaki hidup
satukanlah hatinya dan hatiku
titipkanlah kebahagiaan diantara kami
agar kemesraan itu menjadi abadi..
dan Ya Allah.. ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
seiringkanlah kami melayari hidup ini
ketepian sejahtera dan abadi..

Tetapi ya Allah..
seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luputkanlah dia dari ingatanku
ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
dan perliharalah aku dari kekecewaan.

Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangnya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
Agarku dapat berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya.

Dan ya Allah yang tercinta..
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinnya..

Ya Allah ya Tuhanku
pasrahkanlah aku dengan takdirMu
sesunggguhnya apa yang telah engkau takdirkan 
adalah yang terbaek untukku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaek buat hambaMu ini

Ya Allah 
cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian 
Didunia mahupun diakhirat.

Jika aku 
menjerumus aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran walaupun sebesar zarah,
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia dapat membina 
kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh.
Amin.. ya Rabbal A'lamin..



Thursday, March 8, 2012

untukmu sayang ! (T_T)

Sayang..
begitu tabah hatimu menghadapi dugaan dariNya..
namun begitu,
kakak tahu jauh disudut hatimu,
terasa beban yang merunsingkan jiwa..

Sayang..
bejuta kali adik berkata adik ok..
adik cuba untuk ketawa..
cuba untuk gembira..
namun,
kakak dapat merasa hatimu amat pedih dan sedih..

Sayang..
betapa hancur dan luluh hati ini ,
apabila,
mendapati adik yang kakak sayangi,
yang sering memberi motivasi buat diri ini,
kini,
menghadapi penyakit yang serius.

Sayang..
kakak mohon ampun dan maaf seandainya,
diri ini sering menyakitimu..
Kakak mohon ampun dan maaf,
kerana tidak dapat bersamamu disaat begini..
kakak  mohon ampun dan maaf,
kerana hanya mampu mendoakanmu dari jauh..

Sayang..
cukup berat bagi kakak untuk melihat penderitaanmu..
jika diberi peluang, kakak akan pilih untuk menggantikan tempatmu.
namun apakan daya...
semua itu tidak mungkin..
namun,
percayalah sayang..
walau apapun yang terjadi,
kakak tetap akan bersama adik..
kerana kakak terlalu sayangkan adik..

Ya Allah, Ya Rabb, Ya Rahman , Ya Rahim..
hambaMU  yang kerdil ini datang kepada MU..
memohon ampun diatas kesalahan ku..
ampunilah aku Ya Allah..
Sesungguhnya, hanya padaMU tempat aku meminta-minta..
Ya Allah, Ya Rahim,
Berikanlah kesembuhan kepada adik FATIMAH..
Kau berilah dia dan keluarganya kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujianMU..
Ya Allah,
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui segala sesuatu,
Engkau berikanlah petunjuk dan keajaiban kepada dia..
agar dia dapat mencari jalan yang terbaik untuk kesembuhan dirinya..
Kau kabulkanlah doa hambaMU ini..
Sesungguhnya, hanya padaMU tempat aku meminta segala-galanya..
Amin ya rabbal a'lamin..


iloveyou for the rest of my life :')


Thursday, March 1, 2012

' TaMaT '

Pejam celik pejam celik sudah sampai ke penghujung semester dua ni. Rasa baru semalam aku melangkah masuk ke sem dua ni . Sepanjang sem ni, dah banyak yang aku lalui. Suka. Duka. Ketawa. Menangis. Semuanya adalah lumrah dalam kehidupan .

Segala perkara yang telah berakhir untuk semester ini :



*event kolej yang terakhir- cupcake bersama chef Anuar*


* class terakhir - terima kasih sir Adi *

* dun4get me sayang*

*take care fara*

* korang . jaga diri. ada jodoh kita jumpa lagi *

* dah akhir-2 baru semangat belajar BEL *

*DEAN'S AWARD -   terima kasih uitm shahalam *

*test terakhir- ACC116*


*terima kasih miss huda*

#tahun depan kelas aku nama dia 3G. hope makin gempakk lah kan. bersiap sedia untuk hadap final pulak. GUDLUCK FRIENDS .

Wednesday, February 29, 2012

D!a yang BernamA ABAH ;D

Ketika berjauhan , masih aku terasa kasih mu ABAH,
betapa aku rindukan , redup wajahmu hadir menemaniku..
Terbayang ketenangan , yang selalu kau pamirkan ,
bagaikan tiada keresahan..

Walau hatimu , sering terluka ,
Ketika  diri aku terlanjur kata ,
tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian..

Ketika aku dalam kedukaan ,
Kau mendakap aku penuh pengertian ,
Dan disaat diriku dalam kehampaan ,
Kau setia mengajarku erti kekuatan.

ABAH..
aku masih teringat lagi dimana ,
terpancar kebanggaan dalam senyumMu melihat aku berjaya..

apabila aku dalam kegagalan dalam cinta dan diri,
 ABAH tidak sedikit pun membiarkan aku terus kecewa.
dengan kata-kata azimat dan nasihat,
engkau nyalakan kembali semangat dalam diriku ini.
RESTU dan DOA kau iringkan buat anakmu ini.

Tak dapat untuk aku membayangkan ,
apabila satu saat nanti bagaimana diriku ini,
terpaksa hidup tanpa ABAH disisi,
semua kasih sayang yang kau curahkan ,
akan tersemat dihati.

#untuk satu-satunya abah yang akak cintai - NOR RAMZI ISHAK

bersama abah pada masa dulu kala ;D

Wednesday, February 22, 2012

Alhamdulillah :D

Setelah bertungkus lumus sepanjang sem lepas, alhamdulillah akhirnya aku mencapai DL. aku berdoa agar ini dapat dijadikan motivasi buat aku dan adek-2 ku untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan. aminn.. Dan pastinya anugerah ini aku hadiahkan buat ibubapaku tercinta iaitu Nor Ramzi dan Rosilawati.
Dibawah terdapat sedikit coretan album kenangan sepanjang majlis berlangsung :-



with roomate

sama-2 amik anugerah :D

with him. mamat 4 flat ! nanti aku pulak pakai slepang tu. :D

nah umi, abah. hadiah dari anakkmu :)

rakan-2 baekku juga tidak ketinggalan sebagai penerima anugerah

candid ;D


muka dah berminyak dan letih. 

itu sajalah sedikit sebanyak moment yangg dapat dikongsikan.. mengungkap sedikit dari cebisan kata-2 datuk rektor " setiap apa yang berlaku dalam hidup kita adalah kenangan. jadi kita perlu mempotretkan kenangan tersebut dalam bentuk apa sekali pun agar ia tidak hanya menjadi kenangan yang berlalu begitu sahaja. " Kepada rakan-rakan seperjuangan, tahniah diucapkan atas kejayaan anda.. Diharapkan pada sem kali ini kita akan lebih berusaha untuk meningkatkan pencapaian kita pada masa hadapan.. amin.

Tuesday, February 21, 2012

DiNNer tUn PutEr! : mAlAm AraVu boLLyw00D

with my omel 


gila-gila :D

with THEM !

1.

2.

3. 
muka lepas kena paksa menari. haha

4.

5. 

6. 

7. 

8.. 

9. 

thats what we eat :D