♥ AsSAlAMuAlAikUm wArAhmATUllAhI wABarAkAtUh♥wElcOmE frOm hAnya hAtI ♥

Thursday, June 28, 2012

Laa Tahzan al Qalbu. :D


Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi.
Dan ya Allah… ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
…Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah daku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya….
Ya Allah ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang naif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan daku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya daku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redha
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
amin..

#kepada awak dan dia , selamat bertunang . moga dipanjangkan jodoh dan bahagia hingga akhir hayat. amin.


setiap hari apabila terjaga dari tidur,
 aku sentiasa berharap dikurniakan sinar kebahagian .
smile :)))))) .

Friday, June 15, 2012

Sejarah Hitam

tanggal 15 jun 2012 , hari jumaat  tepat jam 12.30 tengahari , telah tertulis di takdir Ilahi aku kemalangan.. selesai saja kelas mandarin , aku dan kawan aku bercadang nak ke Tampin untuk beli barang . Setelah keluar dari UiTM , kami pun singgah di stesen minyak Shell di Alor Gajah. Selesai isi minyak, kami pun meneruskan perjalanan. baru beberapa meter bergerak, aku melihat ada kereta jenis persona warna silver keluar dari simpang sebelah kiri. tiba-tiba aku terasa aku melambung dari motor. dan sedar-sedar aku telah terbaring diatas jalan. pada saat dan ketika itu , aku hanya mampu mengucap dan berdoa agar aku masih diberi peluang untuk hidup. aku lihat kawan aku , nadh menangis melihat keadaan aku. aku hanya mampu terlantar disitu. tak sampai 5 minit rasanya anggota JPA datang. rupanya tempat kejadian tu dihadapan simpang Hospital Alor Gajah . aku dibawa naik ambulans . nadh tak berhenti henti menangis. aku tak mampu buat apa-apa. aku menyuru nadh menelefon ummi aku di Alor Star. Au terus dikejarkan ke wad kecemasan . aku terasa sangat lemah . aku hampir-hampir menutupkan mata , namun dihalang oleh jururawat di situ . aku cuba sedaya upaya aku untuk bertahan . aku menyuruh nadh mmberitahu rakan-rakan aku yang terdekat  . aku hanya melihat dia menangis di sisi aku. Dia menyatakan bahwa dia berasa bersalah terhadap aku. Aku senyum pada dia dan ckap yang aku ok. aku dibawa ke bilik xray untuk di xray. kemudian aku dibawa ke bilik rawatan . jururawat disitu mencuci luka aku. beberapa minit kemudian, bapa sedara aku yang bekerja disitu sampai. melihat kelibat dia , airmata ku terus mengalir kerana aku tak dapat menahan lagi keskitan yang aku alami. aku memberi tahu dia untuk menelefon ummi dan abah aku. Alhamdulillah aku sempat bercakap dengan mereka. aku memohon ampun atas segala dosa-dosa ku dan meminta mereka untuk mendoakan kesembuhan aku . setelah itu , aku dibawa lagi ke bilik xray kerana disyakki retak pada bahagian pinggang. setelah di xray , alhamdulillah tiada apa-apa cuma tisu muscle membengkak akibat hentakan yang kuat . aku dibawa semula ke bilik rawatan kecemasan . Rakan baikku , Anis datang melawat aku. sebak aku melihat airmata dia mengalir melihat keadaan aku. Dia memberitahu aku yang dia baru sahaja accident . syukur Alhamdulillah dia takde apa-apa.. beberapa minit kemudian Mandak datang bersama rakan bilikku . salah seorang rakan bilikku Pika melihat aku dalam keadaan menangis . sebak aku airmata yang mengalir di pipi dia. ramai juga yang sayangkan aku.. hehe . memandangkan gigi ku patah , aku diberi masa untuk rehat sementara menunggu pakar dentist datang . Setelah dentist datang , aku dibawa ke blik rawatan. dentist mmberitahu aku yang dia akan menjahit bibir aku. Ya Allah lemah semangat aku. namun apakan daya aku terpaksa tahan juga . sakitnya hanya Allah yang tahu . Aku mendapat 3 jahitan dibibir . kemudian dentist menampal sedikit gigi aku yang patah . setelah mendapat rawatan akhir , Alhamdulillah aku dibenarkan pulang . namun sedih kerana kawan aku nadh ditahan . dia terlalu risaukan aku tapi dia yang ditahan.. kaki jari dia retak. aku memberi dia semangat dan berjanji akan datang tengok dia lagi. setelah sampai dirumah , aku menelefon nadh . dan aku mendapat khabar sedih bahawa ditransfer ke Hospital Besar Melaka kerana disyakki terdapat kecederaan pada bahagian kepala kerana dia hanya ulang benda yang sma , " macamna dengan azie , kesian kat azie , semua slah dia " ya Allah. kesian dia . semangat dia terlalu lemah . kalau diberi kesihatan , aku nk pergi melawat dia petang nanti . terima kasih kepada rakan rakan yang mendoakan kesembuhan kami di facebook  , call , sms , datang melawat . trima ksih bnyak banyak ye kpada ummi , abah ,anis , fasha , pika tika, ftmah , kwn2 klas , kwn2 level , atie , shima , rakan2 di alor star , mkcik ,pkcik dan rmai lagi  yang sudi mendoakan kami .. jasa kalian hanya Allah yang mampu membalas .




yang sebelah aku ni lah nadhirah . semoga cepat sembuh .



 kepada orang jauh . ni sedikit gambar aku . luka  sikit saja . 




Tuesday, June 5, 2012

Andai ku BERCINTA lagi

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati



kecewaku sembuh kerana DIA . 
alhamdulillah .