♥ AsSAlAMuAlAikUm wArAhmATUllAhI wABarAkAtUh♥wElcOmE frOm hAnya hAtI ♥

Friday, September 26, 2014

Al Fatihah buat Abah (2 Oktober 1969 - 17 Ogos 2014)


26 September 2014. Al fatihat untuk Abah. Hari ni genap 40 hari abah pergi tingggalkan kami. Kakak rindu abah. makin lama kakak rasa abah. makin jauh dari kami. Bukan kakak tak redha, bukan kakak nak meratap. cuma sekadar meluah rasa yang berbuku dihati. Abah. takda siapa yang paham hati dan perasaan kakak. Dari kakak kecik sampai sekarang kakak dah cuba sedaya upaya untuk penuhi segala permintaan abah. Walaupun kakak tahu kakak tak mampu jadi anak yang baik buat abah. Setiap kali akak buat slah , abah tak pernah marah akak. abah hanya bagi nasihat. abah selalu bangga dengan akak. kalau sesuatu terjadi pada kakak, abah lah orang pertama yang gelisah. Kakak masih tak percaya abah pergi secepat ni. Kakak tak sempat nak balas jasa jasa abah. Kakak tak sempat nak tunjuk kejayaan kakak pada abah. Kakak masih terasa pelukan terkahir abah masa hari raya aidilfitri . Abah peluk kakak seolah tak bagi akak balik kl. Abah pesan suruh kakak jaga diri. Masa tu akak dah rasa lain sebab abah tak pernah macam tu. memang hati akak berat. tapi akak terpaksa balik jugak sebab kakak kena kerja. Seminggu lepas tu abah sakit. Mula2 kakak ingat abah sakit biasa je. Tapi kakak balik jugak sungai petani. Kakak tak sangka abah terpaksa masuk icu.  Sedih hati kakak tengok wayar wayar yang ada di badan abah. Kakak jaga abah sehingga abah sedar. Sejak hari sabtu abah masuk kakak menanti abah sedar setiap hari. dan Alhamdulillah. hari rabu abah dh buka mata. Abah tengok kakak. Kakak mintak izin dengan abah untuk balik kl sebab akak ada interview untuk jawatan baru. Abah mengangguk. Hati kakak lega sangat. dan alhamdulillah kakak dapat jawatan tu. Kakak tak sabar tunggu hari jumaat untuk jumpa abah lagi. lepas kerja kakak terus balik sp. Hari sabtu kakak datang tengok abah hati kakak lega sebab abah dah boleh duduk. Abah nampak gembira bila kakak bagitahu kakak dh dapat jawatan baru tu. Abah panggil kakak. abah pegang tangan kakak. abah cakap abah nak balik. abah suruh kakak bukak wayar wayar tu. abah cakap abah takut. sakit. kakak cuba tenangkan abah. abah meronta seperti anak kecil nak balik rumah. kakak menyesal abah. kakak menyesal sebab tak penuhi permintaan abah. kakak kluar dari icu. kakak geli hati lihat gelagat abah sebab seumur hidup akak tak pernah engok abah kebudakkan macam tu. bila waktu sesi melawat petang tu abah dah lembali tak sedarkan diri dan bernafas seperti orang penat. doktor cakap diorang bagi abah ubat tido. bagi abah rehat. dan keadaan abah dah stabil. hari ahad tu kakak pon balik lah kl.. kakak sampai je rumah dan terus mandi. kakak keluar bilik air, kawan kakak hantar sms beritahu abah dah takde. kakak ingat dia main2. kakak buat tak tahu je. Lepas solat maghrib, akak dapat panggilan dari umi. umi suruh kakak baca yasin. bila kakak tanya kenapa, umi cakap baca je. kakak dah tak sedap hati. kakak tanya kawan kakak betul betul ke main2. dia cakap betul2. kakak tak percaya lagi. lepas tu umi tel kakak suruh kakak balik perak sekarang jugak. kakak dah terdengar suara adikadik kat belakang menagis. Nasib kak mira sudi tumpangkan kakak. kakak tahan airmata sehingga la sampai ke rumah. kakak tengok sebuah jasad kaku di depan mata. diselimutkan dengan kain batik. kakak selak dan kakak nampak wajah abah. Kakak tahan airmata dari mengalir sebab kakak terlalu sayangkan abah. Kakak buat buat kuat sebab kakak taknak umi dan adik adik lemah. tapi hanya Allah je yang tahu betapa hati kakak hancur abah. hancur sangat. Kakak tengok opah mengalirkan air mata, airmata kakak juga turut mngalir. tapi cepat sepat akak lap. ramai orang datang tengok abah. ramai yang sayangkan abah. Kucupan terakhir untuk abah. Kali terakhir kakak tengok abah, abah nampak tenang. Setelah majlis kebumian selesai, airmata kakak jatuh bagai air hujan yang lebat. kakak jadi lemah. hati kakak hancur abah. kakak dah tak ada tempat bergantung. lagi sedih bila pandang wajah adik auni. abah pergi saat dia genap 5 bulan. Dia yang tak tahu apa apa lagi seakan mengerti yang abah sudah tiada. Abah, kakak rindukan abah. rindu sangat. raya haji bakal tiba. Setiap kali raya abah la orang yang akan tentukan menu dan dekorasi rumah. Makin terasa hati kami. Tapi, abah jangan risau. kakak janji kakak akan cuba yang tebaik untuk besarkan adik2 dan jaga umi. Kakak anak yang sulong. kakak tahu besar tanggungjawab kakak. Angah akan jaga umi dan adik2 di kampung. Setiap bulan kakak akan balik kampung. Kakak akan bimbing kembar hingga berjaya. Kakak akan lindungi iqah. kakak akan didik auni. itu janji kakak. Kakak akan sara diorang. Kakak akan pikul tanggungjawab abah selama ni.Kakak tak akan lupakan abah. Kakak tahu Allah sayangkan abah. Allah kesian tengk abah. Allah tahu abah dah penat. Allah bagi abah rehat. Kakak doakan semoga abah tenang aman dan damai disana, diampunkan dosa, dan diterima amalan. Terima kasih abah. Kasih sayang dan jasa abah akan kami kenang selamanya. Tunggu kami disana ya..



Tuesday, August 27, 2013

1 . 2 . 3 . SANGAT :')




Jangan percaya SANGAT
Jangan cinta SANGAT
Jangan sayang SANGAT
Jangan berharap SANGAT
Sebab perkataan SANGAT 
itu suatu hari nanti 
akan buat kita 
sakit SANGAT-SANGAT.


Jyeahh. berkali kali baca ayat diatas. kejap baca kejap baca. macam terkena batang hidung sendiri pulak. haha. Adoyaii. Cepat sangat cair. Bila dah sayang, mcmna nk buat sayang tu tak tersangat? mesti perkataan sangat itu wujud. Akhirnya, diri sendiri jugak yang merana kan. haha. serve u right azie. Disebabkan sayang sangat, dah terindu sangat. haa. kluar lagi perkataan sangat tu.Ye awak. saya rindu awak sangat. SANGAT-SANGAT. kenapa buat saya macam ni. awak nak mainkan saya eh? atau saya memang tak layak untuk ada dalam hati awak? saya dah cuba jadi yang terbaik, tapi kalau itu masih tak dapat buat awak sayangkan saya, saya terpaksa undur diri. Saya taknak awk paksa diri lagi. Ada yang terbaik menanti diri awak. Mungkin awak akan lebih bahagia tanpa saya. Saya sentiasa doakan awak. Jaga diri okey sayang? much love. byeee.