♥ AsSAlAMuAlAikUm wArAhmATUllAhI wABarAkAtUh♥wElcOmE frOm hAnya hAtI ♥

Saturday, March 31, 2012

for MY FUTURE !

Kehadapan bakal suami yang aku cintai..
doaku agar kamu sihat-2 sahaja dan 
sentiasa berada dalam rahmatNya..

Aku sering kali berdoa agar dapat bertemu denganmu,
kerana..
aku sudah tidak sanggup untuk dikecewakan lagi..
namun sebelum itu,
aku minta ampun dan maaf..
kerana hati inisudah tidak suci lagi..
hati ini sudah pernah menyintai lelaki lain selain mu..

Wahai bakal suami ku,
siapa pun dirimu di masa lalumu,
aku ikhlas menerimanya..
dan, aku berharap begitu juga ,
semoga kamu ikhlas menerima aku..

Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan,
dia akan menjadi teman menapaki hidup
satukanlah hatinya dan hatiku
titipkanlah kebahagiaan diantara kami
agar kemesraan itu menjadi abadi..
dan Ya Allah.. ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
seiringkanlah kami melayari hidup ini
ketepian sejahtera dan abadi..

Tetapi ya Allah..
seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luputkanlah dia dari ingatanku
ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
dan perliharalah aku dari kekecewaan.

Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangnya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
Agarku dapat berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya.

Dan ya Allah yang tercinta..
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinnya..

Ya Allah ya Tuhanku
pasrahkanlah aku dengan takdirMu
sesunggguhnya apa yang telah engkau takdirkan 
adalah yang terbaek untukku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaek buat hambaMu ini

Ya Allah 
cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian 
Didunia mahupun diakhirat.

Jika aku 
menjerumus aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran walaupun sebesar zarah,
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia dapat membina 
kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh.
Amin.. ya Rabbal A'lamin..



Thursday, March 8, 2012

untukmu sayang ! (T_T)

Sayang..
begitu tabah hatimu menghadapi dugaan dariNya..
namun begitu,
kakak tahu jauh disudut hatimu,
terasa beban yang merunsingkan jiwa..

Sayang..
bejuta kali adik berkata adik ok..
adik cuba untuk ketawa..
cuba untuk gembira..
namun,
kakak dapat merasa hatimu amat pedih dan sedih..

Sayang..
betapa hancur dan luluh hati ini ,
apabila,
mendapati adik yang kakak sayangi,
yang sering memberi motivasi buat diri ini,
kini,
menghadapi penyakit yang serius.

Sayang..
kakak mohon ampun dan maaf seandainya,
diri ini sering menyakitimu..
Kakak mohon ampun dan maaf,
kerana tidak dapat bersamamu disaat begini..
kakak  mohon ampun dan maaf,
kerana hanya mampu mendoakanmu dari jauh..

Sayang..
cukup berat bagi kakak untuk melihat penderitaanmu..
jika diberi peluang, kakak akan pilih untuk menggantikan tempatmu.
namun apakan daya...
semua itu tidak mungkin..
namun,
percayalah sayang..
walau apapun yang terjadi,
kakak tetap akan bersama adik..
kerana kakak terlalu sayangkan adik..

Ya Allah, Ya Rabb, Ya Rahman , Ya Rahim..
hambaMU  yang kerdil ini datang kepada MU..
memohon ampun diatas kesalahan ku..
ampunilah aku Ya Allah..
Sesungguhnya, hanya padaMU tempat aku meminta-minta..
Ya Allah, Ya Rahim,
Berikanlah kesembuhan kepada adik FATIMAH..
Kau berilah dia dan keluarganya kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujianMU..
Ya Allah,
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui segala sesuatu,
Engkau berikanlah petunjuk dan keajaiban kepada dia..
agar dia dapat mencari jalan yang terbaik untuk kesembuhan dirinya..
Kau kabulkanlah doa hambaMU ini..
Sesungguhnya, hanya padaMU tempat aku meminta segala-galanya..
Amin ya rabbal a'lamin..


iloveyou for the rest of my life :')


Thursday, March 1, 2012

' TaMaT '

Pejam celik pejam celik sudah sampai ke penghujung semester dua ni. Rasa baru semalam aku melangkah masuk ke sem dua ni . Sepanjang sem ni, dah banyak yang aku lalui. Suka. Duka. Ketawa. Menangis. Semuanya adalah lumrah dalam kehidupan .

Segala perkara yang telah berakhir untuk semester ini :



*event kolej yang terakhir- cupcake bersama chef Anuar*


* class terakhir - terima kasih sir Adi *

* dun4get me sayang*

*take care fara*

* korang . jaga diri. ada jodoh kita jumpa lagi *

* dah akhir-2 baru semangat belajar BEL *

*DEAN'S AWARD -   terima kasih uitm shahalam *

*test terakhir- ACC116*


*terima kasih miss huda*

#tahun depan kelas aku nama dia 3G. hope makin gempakk lah kan. bersiap sedia untuk hadap final pulak. GUDLUCK FRIENDS .