♥ AsSAlAMuAlAikUm wArAhmATUllAhI wABarAkAtUh♥wElcOmE frOm hAnya hAtI ♥

Tuesday, December 11, 2012

Tips Cantik !

Assalamualaikumwarahamtullahiwabarakatuh,

""TIPS CANTIK" pergh. tajuk nak gempak je kan. haha btw , aku tengah bosan giler ni. kelas cancel plak. nak tido tak mengantuk pulak. hmm . kat bawah ni aku cuma nak kongsi sedikit tips kecantikkan ngan korang. kalau nak try bleh try kalau tak nak pon ok . :) aku amik tips ni dari blog2 yang pernah aku stalk dan dari mak aku sendiri .

1. Elakkan guna pencuci muka yang banyak buih. sebab ? nanti kulit korang akan jadi kering sebab buih2 sabun tu akan kurangkan kelembapan kulit muka kita.

2. Elakkan cuci muka dengan bahan kimia pada waktu pagi. Ia akan menyebabkan muka anda berkedut lebih awal. cuci muka sebelum tido bukan sesudah bangun tido. kalau korang ada kelas pagi ke cara yang paling ok korang buat camni. Bangun tu korang terus ambil wudhuk. mesti dah basah muka kan. then korang mandi lepas mandi baru korang cuci muka guna pencuci muka korang.

3. Cuci muka sebelum gosok gigi. Sebelum korang gosok gigi waktu pagi tu, cuci dulu muka ok. korang dapat lihat hasil dia dalam masa panjang.

4. Bila mandi, korang mulakan sabun dari kaki hingga ke atas. petua ni aku dapat dari mak aku. Mak cakap petua ni dapat lambatkan kekedutan dekat badan kita.

5. Untuk kuatkan gigi, selepas mandi perah hingga kering kain basahan korang. then gulungkan dia. lepas tu baca selawat 3 kali then gigit kain tu. tarik kain kedepan. mula2 agak sakitr sedikit lama-lama ok lah .

6. Elakkan guna bahan kimia sewaktu korang tidur. biarkan wajah kita natural je time tido. So, sel-sel kulit kita boleh tumbuh dengan lancar.

nahhh. sikit je kan. ahaa . done for today. GTG bye :)

Wednesday, December 5, 2012

cuti sem dah HABIS ?? -_-"

Assalamualaikum. lama rasanya tak jengah kat sini. fuhh fuhh. habis berhabuk. haha. heumm pejam celik pejam celik kejap je dah habis cuti sem. tak puas rasanya nk lagi nak bermanja dengan family. cuti kali ni aku tak g mana sangat pon. duduk rumah aje tolong family pindah rumah. sedihnya terpaksa tinggalkan alor star. banyak sangat kenangan 10 tahun kat sana. yang paling sedih terpaksa tinggalkan kawan2 kat sana. heumm. rumah baru aku kat Perak aje. kalau korang free, datang lah sini. senang ja nak datang. Korang exit tol Bukit Merah . lepas tu kona kiri. jalan teruss then jumpa simpang tiga kona kanan. jalan terus lagi jumpa lampu isyarat kona kanan. lepastu korang jalan slow2 sampai jumpa pejabat peladang sebelah kiri korang berhenti. rumah aku betul2 seberang jalan ngan pejabat tu je. nak datang text ah aku :) nanti boleh round2 perak. huhuhu. sekarang ni aku baru mula sem baru. sem ni agak sikit matapelajaran yang aku ambil tapi susahnya perghh tk thu nak cakap cmna.. semuanya kena hafal. -__-" sem baru ni aku terpaksa berpisah dengan roomate lama. sedihnya ! dh stahun stengah sesama skali tahun ni pihak kolej pecahkan kitorang.. bilik baru aku agak kecil lah tapi selesa. mula2 masuk tu rasa janggal jugakk sebab tk biasa. lelama dh ok dh . roomate baru pon ok :) hermm nk tulis apa g eh ? haaa.. next week ada family day . yeay ! boleh kumpul ramai2 ngn sepupu sepapat sekalian . ok sekarang ni ramai membe aku tak caya aku single. haha hello. im single ok ! percayalah. haha betul aku tak tipu. haa aku rasa biarlah aku macam . as well as takda lah orang sesuka hati kecewakan aku lagi kan. ok what single . cuma kekadang tu rasa la jugak sunyi , sedih tringat kisah lama. buat2 je lah kuat hati padal pun. haha aku sekarang ni dh tak macam dulu. sedikit sedikit perangai aku berubah. dah matang kot . AHAHAH yang paling ketara sekali yang aku perasan aku sekarang dh tak banyak amik gambar. gambar yg aku up kat instagram pon gambar lama. eh jemput la follow insta aku @HANYAHATI .. promote skit. ehehehe. aku rasa ni je kot yang nak tulis. next time update lagi. doakan aku tuk sem ni ya. terima kasih. :) 

loves,
gadis hati (^^,)

buah hati kakak, jaga diri baik2, ily :*

hey there, i'm 19 :)

bye2 alor setar ! thankyou. i'm gonna miss u :*