Assalamualaikum. hai hai hai. Pejam celik pejam celik dah hujung semestar 4 dah. Means, dah dua tahun aku hidup kat bumi Lendu ni. Macam macam kerenah, macam macam benda dah aku lalui kat sini. Tinggal lagi setahun je untuk aku habiskan diploma kat sini. Aku harap aku dapat habiskan dengan cemerlang dengan pointer yang DL. okay cakap pasal DL ni aku tak tahu la sem ni macam na. nampak macam agak susah. kawan kawan aku pon tengok masing masing stress. bukan yang dekat sini je. kat seluruh Malaysia yang ambil kos sama dengan aku asyik post pasal paper. Tak dinafikan memang agak susahlah sem ni. Aku pun tak tahu aku tergolong dalam golongan yang bertuah atau rugi sebab aku tak pernah dapat soalan spot. Haha . Tahniah la pada yang dapat tu ye. Hari ini dalam sejarah aku keluar dewan exam satu jam lebih awal. Dapat jawab ke tak tu ahaaa ntah la. Berbalik kepada cerita sepanjang sem ni. Masa awal awal sem dulu family aku ada buat family day. tapi yang tak bestnya aku dengan adik aku je yang ada. macam macam konflik plak tu berlaku. tapi aku malas nak amik port sangat. yang penting aku tak kacau sesiapa. Hoho.

sebahagian sebelah mak
Lepas dari event family days tu, aku dah tak balik dah rumah sedara aku bila hujung minggu sebab busy sangat dengan sem ni. Bila hujung minggu ja ada saja benda yang nak dibuat. tapi aku kat sini takdelah buat yang bukan bukan. yang paling penting aku takde boyfren pon kat sini. so aku tak dating, tak bercinta dan bla bla bla... aku kat sini duduk dalam bilik je buat apa yang patut. yang paling wajib aku tidur lah. haha tu je mampu buat tuk tampung balik saki baki ketidakcukupan tidur sepanjang minggu. ewahhh. ayat nak macam apa je ==". Pada bulan januari, classmate aku ada buat satu jamuan untuk ex-lecturer kitorang sebelum dia berangkat ke London untuk sambung PhD dalam mathematics. Haa, sambil sambil tu dapat jugak la eratkan hubungan antara kami.
lecturer kami yang tengah-tengah tu. muda aje orangnya
Semester ni, pihak MT DBS buat perbaharuan kepada AGM. siap buat dinner dan ada tema ala-ala arabic gituu. Apapun memang awesome ! :)
sebahagian gambar di event tersebut.
berangan sangat pakai tinggi2. kan dah macam GIANT.
Seterusnya aku nak cerita pasal event terbesar sem ni yang dihandled oleh batch aku. event tu untuk subject yang kami ambil iaitu Public Relation. Event kami diberi nama "Tribute to Gaza". Event ini adalah event charity yang kami jalankan khusus untuk membantu saudara sesama Islam kami di Gaza. Mendengar tentang keperitan disana ja sudah dapat menyentuh hati kami.
sumber: google
Program kami berlangsung selama 3 hari. Iaitu pada 3-5 Mac 2013. Sebulan sebelum event berlangsung, setiap ahli kelas semester 4 sudah bertungkus lumus membuat pelbagai cara untuk mengumpulkan dana. Termasuklah ahli kelas aku yang menjual kek coklat yang sangat sedap. huhu. Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang event berlangsung. Antaranya explorace, sukaneka, futsal amal, bacaan yassin dan solat hajat, malam puisi, persembahan artis, gerai jualan dan sebagainya. Kelas aku ditugaskan untuk menyeliakan program solat hajat dan bacaan yassin. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Selain daripada mendoakn untuk gaza, tidak dilupakan juga mendoakan untuk kesejahteraan Lahad Datu. Berikut adalah sedikit moment untuk dikongsi.
sekitar program solat hajat.
urusetia pendaftaran dan disiplin.
with my love ;)
nubhan ! nubhan lendu lagi hensem. eh ? haha =P
Sumbangan diserahkan melalui Aqsa Syariff
*keratan akhbar
Alhamdulillah, segala apa yang kami rancang berjalan dengan lancar dan jayanya. Syukur pada Allah SWT yang telah memudahkan urusan kami dan cuaca juga sangat baik sepanjang program berlangsung. Terima kasih kepada semua AJK tertinggi dan rakan rakan, dan pihak yang telah banyak menyumbang dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha kita dapat membantu saudara saudara kita disana. Berakhirnya program tersebut, masing masing telah pulang ke pangkal jalan. Segala umpuan diberikan kepada assignment assignment dan final exam. Terima kasih kepada pensyarah pensyarah yang telah menurunkan segala ilmu kepada kami.
LAW299: sir MOHD TUAH
PR: Madam Nurazira
FINANCE: Miss Saloma
Itu sajalah yang dapat aku kongsi. Satu yang aku perasan sem ini kebanyakkan rakan rakan aku dah makin cun dan hensem. Adakah kerana faktor usia yang dah berubah ke angka 2 ? ahahaha just kidding. Sekarang ini semua orang tengah bertungkus lumus menghadapi peperang final exam. Selamat berjuang kawan ! lagi dua paper untuk kita tempoh. Semoga kita sama sama berjaya. Aku mintak ampun mintak maaf kalau ada silap salah aku sama ada aku sedar ataupun tak. Selamat bercuti jugak yang tinggal tak berapa hari lagi. Jaga diri baik baik. Ada jodoh, ada umur, ada rezeki sem depan kita jumpa lagi. byeee
Yang cun lagi comel,
gadis hati (^_^*)