♥ AsSAlAMuAlAikUm wArAhmATUllAhI wABarAkAtUh♥wElcOmE frOm hAnya hAtI ♥

Saturday, April 7, 2012

DIA ♥

Dia . siapa dia ? apakah hubungan aku dengan dia ? siapa dia dihati aku dan siapa aku dihati dia ? aku pun tak tahu. kawan ? kekasih ? musuh ? atau future ? aku sendiri tidak tahu. 24.7.2008 . itulah tarikh keramat. bermulanya perkenalan aku dan dia. kini, sudah hampir 5 tahun perhubungan kami. lama kan? aku sendiri tidak sangka. namun sepanjang itu, terlalu banyak dugaan yang kami lalui . suka . ketawa . sedih . kecewa . menangis .  semua itu dah sebati dalam diri ini . walaupun berpuluh orang aku atau dia bersama, namun akhirnya tetap hubungan kami terjalin . kenapa? adakah ini yang dinamakan jodoh ? adakah dia jodohku? namun apakan daya. siapakah aku untuk mempersoalkan tentang rahsia Allah . aku cuma hambaNya yang kerdil . aku selau bertanya pada dia . dia benar-benar sayangkan aku atau tidak ? jawapannya hanya sama. kalau tak sayang, boleh ka kita kawan sampai sekarang . aku hanya berdiam. sekali pon kami tidak pernah tayang relationship kat facebook apatah lagi letak gambar kami jauh sekali . sehingga orang tidak pernah mengetahui hubungan antara kami. pelik kan ? namun itulah hakikatnya. sedih rasa sebab dengan orang lain, dia boleh pulak buat macamtu. nak marah pun tak boleh sebab aku pun pernah begitu bersama insan lain. 


Kini, aku sudah mula mengerti kenapa dia buat begitu pada aku. Seorang rakan yang aku kenali pernah berkata, "lelaki yang ikhlas dengan kita dan nak jadikan kita yang halal buat dia tak kan pernah tayangkan kita pada khlayak ramai selagi belum sah . lelaki yang suka buat relationship dan tayang awak kat khlayak ramai itu hanya lah dia  anggap awak sebagai awek dia . tak lebih dari itu. lelaki seperti itu hanya bangga ada awak sebagai awek dia. lama-kelamaan bila dia dah bosan, dia akan tinggalkan awak begitu saja. saya sebagai lelaki pun saya tak nak orang lihat bakal isteri saya sebelum tiba masanya" . sejauh mana kebenarannya ? aku pun tidak tahu . namun aku harap ianya benar.  




Kepada dia " awak, saya tahu awak, saya , kita semua tak sempurna . namun, saya harap ketaksempurnaan kita ini akan dapat kita lengkapi . kelebihan awak lengkapi kekurangan saya dan kelebihan saya lengkapkan kekurangan awak. saya akan bersama awak disaat awak jatuh atau pun disaat awak berada dipuncak . Jika awak cintakan saya, saya harap cinta awak kepada saya itu tidak lebih dari Allah, Rasullullah, keluarga dan pastinya diri awak. kemudian barulah saya . jika awak benar-benar ingin dengan saya, awak datanglah jumpa mak dan ayah saya. insyaAllah pilihan hati saya adalah pilihan hati mereka juga. saya janji dengan awak , saya akan tunaikan permintaan awak yang mana awak nak saya  jaga diri saya untuk awak. " walaupun mungkin kebersamaan kita hanya sementara . namun saya harap hubungan awak dengan saya akan aman walaupun hanya sebagai kawan biasa. Yakinlah jodoh ditangan yang MAHA KUASA . Dia pasti tahu apa yang tebaik buat hambanya yang dikasihi . semoga masa depan akan menjadi milik kita ya awak . selalu lah memohon pada Allah . InsyaAllah , cinta kita sampai syurga . aminnn.



Saat Cinta Bersemi :D

Saturday, March 31, 2012

for MY FUTURE !

Kehadapan bakal suami yang aku cintai..
doaku agar kamu sihat-2 sahaja dan 
sentiasa berada dalam rahmatNya..

Aku sering kali berdoa agar dapat bertemu denganmu,
kerana..
aku sudah tidak sanggup untuk dikecewakan lagi..
namun sebelum itu,
aku minta ampun dan maaf..
kerana hati inisudah tidak suci lagi..
hati ini sudah pernah menyintai lelaki lain selain mu..

Wahai bakal suami ku,
siapa pun dirimu di masa lalumu,
aku ikhlas menerimanya..
dan, aku berharap begitu juga ,
semoga kamu ikhlas menerima aku..

Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan,
dia akan menjadi teman menapaki hidup
satukanlah hatinya dan hatiku
titipkanlah kebahagiaan diantara kami
agar kemesraan itu menjadi abadi..
dan Ya Allah.. ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
seiringkanlah kami melayari hidup ini
ketepian sejahtera dan abadi..

Tetapi ya Allah..
seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luputkanlah dia dari ingatanku
ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
dan perliharalah aku dari kekecewaan.

Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangnya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
Agarku dapat berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya.

Dan ya Allah yang tercinta..
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinnya..

Ya Allah ya Tuhanku
pasrahkanlah aku dengan takdirMu
sesunggguhnya apa yang telah engkau takdirkan 
adalah yang terbaek untukku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaek buat hambaMu ini

Ya Allah 
cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian 
Didunia mahupun diakhirat.

Jika aku 
menjerumus aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran walaupun sebesar zarah,
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia dapat membina 
kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh.
Amin.. ya Rabbal A'lamin..